Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakahtuh
Saya ingin berkongsi sedikit ilmu sejarah yang pernah
saya belajar dahulu,
peristiwa ini melibatkan pendudukan Jepun di Tanah
Melayu khususnya...
mengapa semua ini terjadi? di sini terdapat beberapa
faktor yang mendorong peristiwa itu berlaku.

KEPERLUAN
TERHADAP BAHAN MENTAH
a. Dasar pemodenan yang dilakasanakan oleh Maharaja Meiji
telah manjadikan Jepun sebagai sebuah negara perindustrian yang moden setanding
dengan negara-negara Barat. Oleh itu, Jepun amat memerlukan bahan mentah yang
banyak bagi memenuhi keperluan perindustrian seperti petroleum, bijih besi,
aluminium, bijih timah dan getah. Di samping itu, Jepun juga berhasrat untuk
meluaskan pasaran bagi barangan siap yang di hasilkan oleh kilang-kilang di
Jepun.
b. Sebelum itu, Jepun memperoleh segala keperluan
kilangnya dengan mengimport bahan tersebut dari Amerika Syarikat dan Eropah.
Akan tetapi bekalan bahan mentah tersebut terhenti akibat dasai imperialisme
Jepun yang agresif ke atas negara China serta menganggotai Kuasa Paksi.
Lantaran itu, Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun
bagi mengekalkan imbangan kuasa di Asia.
c. Sehubungan itu, Jepun terpaksa bertindak menyerang Asia
Tenggara terutama negara-negara yang kaya dengan bahan mentah yang diperlukan
oleh sektor perindustrian di Jepun. Contohnya, Tanah Melayu sememangnya
memiliki kekayaan seperti yang dikehendaki Jepun.
d. Bagi mendapatkan permintaan dan pasaran yang lebih luas
di Asia, Jepun telah mewujudkan kerjasama ekonomi dikalangan negara-negara Asia
dikenali sebagai “Lingkungan Kemakmuran
Asia Timur” atau “Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya”. Selain memajukan ekonomi
di negaranya, Jepun juga berjanji memajukan ekonomi di negara-negara Asia
Tenggara.
KEINGINAN
JEPUN UNTUK MEMBEBASKAN ASIA TENGGARA DARI PENJAJAHAN BARAT.
a. Kemunculan sentiment anti-Barat dan anti-China yang
menebal dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara telah mendorong Jepun
bertindak untuk mengusir kuasa-kuasa Barat dengan melaungankan slogan “ Asia
Untuk Orang Asia” atau “Asia Timur Untuk Asia Timur”. Melalui slogan ini, Jepun
telah membangkitkan keinginan orang Melayu untuk memerintah negara mereka
sendiri dan dengan itu rakyat harus berusaha membebaskan Asia Tenggara dari
belenggu penjajah Barat. Propanganda ini menguntungkan Jepun kerana Jepun bukan
sahaja berjaya menarik sokongan rakyat, malah dapat menbangunkan perindustrian
di negaranya dengan menguasai negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan
pelbagai bahan mentah yang diperlukan.
b. Atas alasan ini dapat memasuki Asia Tenggara dengan
mudah. Masyarakat di Asia Tenggara bersyukur dengan kehadiran kerana mereka
percaya bahawa niat Jepun sememangnya ikhlas untuk membebaskan mereka daripada
penjajahan kuasa Barat. Oleh hal yang demikian, Jepun telah berjaya meraih
simpati rakyat untuk memberi sokongan dan
kerjasama bagi menjayakan misi ekonomi dan politiknya di Asia Tenggara.
SEMANGAT
PERJUANGAN TENTERA JEPUN
a. Pada tahun 1932, pentadbiran Jepun jatuh ke tangan
pihak tentera. Pada masa yang sama, Jepun telah muncul sebagai sebuah kuasa
dunia yang kuat. Berbekalkan semangat ketenteraan dan kekuatan yang dimiliki,
maka Jepun bercita-cita untuk melancarkan dasar Imperialisme bagi membentuk
sebuah empayar yang terbesar di Asia.
b. Jepun telah berjaya menduduki beberapa buah negar di
Asia seperti Korea pada tahun 1895, Manchuria pada tahun 1931 dan beberapa
wilayah di negara China pada tahun 1937.
c. Pada tahun 1939, Jepun telah menyertai Kuasa Paksi
dengan Itali dan Jerman untuk menentang Kuasa Berikat. Oleh itu, Perdana Menteri
Jepun iaitu Jeneral Tojo Kideki menguatkan keazaman bagi menjadikan
negaranya lebih agresif dengan meluaskan pengaruhnya di seluruh Asia Tenggara.
PERTAMBAHAN
PENDUDUK JEPUN
a. Jepun telah mencapai pembangunan sosio-ekonomi
yang pesat melalui Dasar Pemulihan dan Pemodenan yang dilakukan oleh Maharaja
Meiji. Hasilnya penduduk Jepun bertambah dengan cepat. Walau bagaimanapun,
kemajuan yang dicapai ini telah mencetuskan pelbagai masalah kepada negara.
b. Jepun mengalami kekurangan tanah pertanian begi
menampung jumlah penduduk yang bertambah. Jumlah penduduk yang berlipat kali
ganda dan tidak seimbang dengan jumlah kawasan pertanian. Di samping itu, Jepun
juga menghadapi masalah kekurangan bahan mentah untuk keperluan kilangnya. Bagi
mengatasi masalah ini, Jepun terpaksa melancarkan dasar imperialism di Asia
Tenggara bagi mendapatkan segala keperluan penduduknya dan kilang-kilang
di Jepun.
semoga bermanfaat
BalasPadam